Biscotti


Rintihan Pengemis.

assalamualaikum.

Puas sudahku menyatakan rasaku

Pada dirimu

Resah jiwaku

Namun setiapnya kau terima begitu mudah

Umpama aku sekadar melata sahaja

 

Bukan setahun dua

Kita bina hubungan kita

Ku risau kamu tak berfikir begitu

Kuat di dalam hati

Ku rasa hidup mu memati

Sebahagian dari kasih untukmu dalam diri ini

 

Umpama insan hina

Mengemis kasih tak ke mana

Dengarkanlah rintihan ku segera

 

Langit jadi mendung dan kelabu

Angin bertiup nan sayu

Titis air berlagu

Dedaun lalu gugur disapu

Berat limpahan itu

 

Hujan di jiwaku

 

Mudah tewas perasaanku

Gugur air mataku

Aku bukan begitu

 

Namunku hanya insan biasa

Yang tiada lebih apa

 

Sama di sisiNya.

Today, Abah asked the three of us (minus Sheila since she’s currently sitting for her Final Examination papers in Melaka) to do some sort of a performance each for Mama in conjunction with Mother’s Day today.

However, the interesting catch is that the one that succeeds in moving Mama to tears is considered as the winning performance.

Although I don’t really believe in dedicating one day to celebrate Mother’s Day just to show my appreciation and affection towards Mama (because hey, I love her every single day!) , I’ve decided to just go along with the plan and put my writing skills to test.

After less than two hours, this is what I’ve managed to produce.

assalamualaikum.

 

Allahu maghfirlii wali waalidayya walilmum-iniina yauma yaquumul hisaab.

“Our Lord! Forgive me and my parents, and (all) the believers on the Day when the reckoning will be established.”

(Surah Ibrahim 14:41).

 

Ke hadapan mama yang tersayang,

          Pertama sekali, kakak nak minta maaf pada mama sebab kakak rasa kakak sorang je anak mama yang tak ucap “Selamat Hari Ibu” pada mama. Pada kakak, sambutan “Hari Ibu” tu tak relevan sebab maknanya kakak sayang mama untuk sehari je walhal kakak sayang mama hari-hari. Setiap hari.. kakak tahu selalu jugak mama terasa hati pada kakak sebab kakak tak tunjuk kasih sayang kakak pada mama.. Bukan kakak tak nak tunjuk, tapi kakak tak pandai dan tak mampu.. Ini kelemahan kakak yang selalu kakak cuba baiki.. Maafkan kakak, mama.

          Sedar tak sedar, dah 23 tahun kakak hidup kat atas muka bumi ni. Terima kasih, mama sebab lahirkan kakak 23 tahun yang lalu.. kalau tak, mungkin mama tak dapat dengar sendiri “Luahan Hari Ibu” kakak malam ni.

Mama,

          Terima kasih sebab sanggup berpatah tulang, berputus urat dan bersabung nyawa semata untuk bagi kakak peluang untuk kenal bumi nie. Terima kasih juga sebab mama sanggup dan boleh bagi kasih sayang pada kakak dan adik-adik semua. Kalau diikutkan kakak, mana mungkin kakak mampu nak sayang sesuatu yang menyakitkan dan merugikan diri sendiri? Tapi, atas sebab itulah Allah muliakan mama. Kakak selalu terfikir macam mana nak balas jasa mama.. tapi siapa boleh ganti tulang yang patah, darah yang hilang dan urat yang putus, kan? Sampai mati pun xkan mampu..

          Selain daripada tu, kakak juga nak minta maaf atas segala kesilapan kakak yang lebih banyak disengajakan daripada tak sengaja yang mengguris hati mama dan mungkin menyebabkan mama dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Kakak tahu kakak ni seorang anak yg mengecewakan.. Tapi, itu juga satu lagi kelemahan yang kakak cuba buang.

          Akhir kata, kakak nak mama tahu yang kakak sayang mama sangat-sangat. Tiap-tiap hari.. siang malam kakak menangis rindukan mama bila bergaduh.. Tiap kali gaduh, kakak selalu harap yang Allah tak cabut nyawa kakak ataupun mama sebelum kakak minta maaf sebab kakak tak nak menyesal macam kakak rasa bila Mak Tijah meninggal.

What do you think, eh?

Based on the responses that I get from the audiences, I must say that I’ve done a pretty good job tonight!


Agar-Agar Mama.

assalamualaikum.

Ingredients.

  1. Sepaket agar-agar (dipotong kecil)
  2. Pewarna hijau
  3. Sebiji telur
  4. Sebiji kelapa parut
  5. Daun pandan (dikisar)
  6. Gula
  7. Garam

Steps.

  • Sepaket agar-agar yang terdapat dalam simpanan hendaklah digunting-gunting sehingga mencapai saiz yang optimum sebelum diletakkan dalam sebuah periuk berisi air paip, mineral mahupun suling yang bersih sebanyak 1.4 liter di atas api dapur dengan intensiti kepanasan yang sesuai dan bukannya api lilin mahupun pelita minyak tanah. Adalah penting untuk diingatkan di sini bahawa plastik pembungkus yang mengandungi agar-agar tadi hendaklah dibuka dan dibuang sebelum isinya dibuang dan dibasuh bagi membolehkan arahan terdahulu tadi dilaksanakan dengan betul.
  • Sementara menunggu perubahan bentuk agar-agar yang tidak boleh dimakan kepada bentuk yang mesra penghadaman, gaul dan ramas kelapa parut, telur beserta dengan daun pandan yang telah dikisar sehingga bahan-bahan tersebut bersatu mesra.
  • Air dalam kuantiti yang sesuai hendaklah dicampurkan bersama bahan-bahan tadi bagi memudahkan proses memerah santan kemudiannya. Santan yang terhasil hendaklah ideal dari segi kepekatannya di mana ianya tidak terlalu pekat mahupun terlalu cair.
  • Dua cawan gula prai dimasukkan ke dalam periuk yang mengandungi agar-agar pada kepanasan yang ideal dan bentuk yang sesuai bagi penghadaman.
  • Solusi agar-agar tadi perlu dikacau buat seketika sehingga gula yang dicampurkan tadi larut sebelum meletakkan sedikit pewarna hijau dan perahan santan ke dalam campuran agar-agar tadi.
  • Solusi agar-agar bersama santan tadi hendaklah dikacau atas dapur api sehingga mencapai tahap mendidih. Garam yang diletakkan dalam kuantiti yang ideal boleh menerbitkan rasa lemak pada agar-agar dan bukan sekadar manis semata.
  • Tutup api dan biarkan ianya sejuk sedikit buat seketika sebelum menuangkannya ke dalam acuan agar-agar yang bersih. Solusi agar-agar dalam acuan tadi hendaklah dibiarkan mengeras sedikit pada suhu bilik sebelum memindahkan agar-agar yang terhasil ke dalam peti sejuk.

all-time favourite.


Emotional Love Song.

assalamualaikum.

Tears seemed to be making its way down my cheeks on this very date since about three years ago and has been a staple since then.

I cried so much on my birthdays and yet birthdays are supposedly to be the most joyous day of your life, right?

To be honest, I don’t even know why I cried so much on my birthdays. Its either the hormones are playing their tricks on me or I’m just emotional like that?

Take your pick.

Maybe its just because birthdays are supposedly to serve its function as a reminder that we are somehow getting closer and closer to the arms of death year by year.

I’m just not ready for that. I mean, who is?

And yet, we should totally be grateful that we are still capable of breathing the air we breath and roaming the Earth with Allah’s permission even after so many years of living.

Because Allah is capable of giving and taking lives as He pleases, right?

*

Judging by the way that I write, I really think that I should totally give up my studies and write books on philosophies, human thinking or anything.

I’m just that good in this literature stuff.. why am I even stuck in this scientific rut in such a long time?

I’m just kidding.

*

Okay, let’s leave all of this behind and get on with the real story, shall we?

The very first person who wished my birthday well was my former boyfriend slashed current best friend which is Mohd. Shahzrin bin Samsuddin when we chatted on the phone last night. I think I nearly was on the verge of crying, trying to hold back my tears. Fortunately, I felt so tired and sleepy from doing Miza, my housemate’s make up previously.

Mission accomplished.

I woke up at 10.30 a.m. today.. not prepared of getting teary-eyed later on the evening as I was really hungry, thirsty and slightly sleepy at that moment. I ate Nasi Ayam and drank Milo for lunch. Thank you so much to my adorable juniors, Fitri Roslan, Shazrin Sukim and Hafiz, and not to forget, my lovely housemates, Diyana and her friends, Nabilah Abd. Samad, Alia Najiha and Nur Miza Kamaruzzaman for the birthday wishes. I love you all.. *kisses*#bajetartissangat!

After reading a few too much makeup reviews on the Net, I started to feel a little bit sleepy. Yup.. Milo is currently the new addition to the list of my food allergens. Before hitting the sack for the second time of the day, I decided to perform my Zuhur prayer and proceed with reading Yaasin to express my thankfulness and gratitude to Allah for allowing me to roam on His land and breath the air of His for 21 years.

When I was in the middle of reading Yaasin, a text message came in. I slowed down my reading pace a bit and flipped the phone to check out the sender of the message. Tears began streaming down my cheeks as my eyes caught the name of the sender and I proceeded with my readings in a very slow voice and pace with occasional interruptions while wiping off the tears.

This is how the message looked like :

Sender : ABah?

Recipient : Ashriana Kroes Rocha.

Message :

Happy Birthday 2U… Happy Birthday 2U… Happy Birthday 2U…semoga Allah memberikan Rahmat & KeberkatanNya kpd kakak agar sentiasa Berjaya di dunia & akhirat. Amin.

Anyhow, I just left the message at that and didn’t reply to thank him or anything. I’m very touchy-feely when it comes to the matter of love and family despite being such a heartless person that everyone knows on the outside.

As I was born at 3.23 p.m., I planned to send Mama a text to thank her for bringing me into the world 21 years ago on the very same time.

This is how the message looked like :

Sender : Ashriana Kroes Rocha

Recipient : MaMa?

Message :

Assalamualaikum, mama..

Terima kasih sebab berhempas pulas putuskan urat perut mama luar dan dalam 21 tahun yg lepas..

Sbb kalau tak, mesti mama tak dpt baca msj ni sekarang.

I love you.

And Mama replied with the message :

Waalaikumsalam kakak..kakak ni kenapa..tiba2 je ckp mcm tu..Kakak sihat ke..Xde exam ke ari ni..

I got really teared up when I first read her reply. But when I come to read what I had sent and received, I can’t help but feeling that it’s a little bit funny actually.

Because it feels like this :

Kakak ni gila ke apa?

However, the best birthday wish had to be from my sister :

Sender : MarCeL?

Recipient : Ashriana Kroes Rocha.

Message :

Happy bday to you

Happy bday to u

U live in a zoo

U look like a chicken

Aaanndd u smell like one too.

Happy 21st bday, selena gomez!!!!

From : demi lovato, leo messi, pok teh rooney and pak su van de sar.

You don’t say..


Fadhilat Syaaban.

assalamualaikum.

  • Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Syaaban, diharamkan Allah Taala tubuhnya dari api neraka.
  • Jika dia dapat menyempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan Nankir, ditutupkan Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan syurga baginya.
  • Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan Syaaban dan akhir hari Khamis pada bulan Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga.
  • Sabda Nabi S.A.W : Bahawa berpuasa pada bulan Syaaban kerana membesarkan Bulan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia selawat ke atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezeki baginya.
  • Antara lain sabdanya lagi : Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
  • Sabda Nabi S.A.W : Allah menilik pada hambaNya pada malam Nifsu Syaaban, maka diampunkan segala dosa segala makhlukNya melainkan orang yang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.
  • Sabdanya lagi : Apabila datangnya malam Nisfu Syaaban, maka berjagalah kamu pada malamnya dan bersembahyanglah serta banyakkan ibadah dan puasalah kamu pada siangnya.
  • Allah S.W.T berfirman : Apabila ada orang yang meminta ampun, maka Aku ampunkannya. Apabila ada orang yang ditimpa bala, maka Aku afiatkannya. Apabila ada orang yang meminta rezeki, maka Aku akan permudahkan urusan rezekinya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.
  • Kata Syeikh Abdul Qadir Jailani di dalam Ghaniah : Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya para malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar, mereka tidak tidur dan dipenuhi dengan amaldan ibadah sepanjang-penjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhari raya padanya pada siang hari dengan berpuasa dan menjalankan ibadah, kerana mereka tidur pada malamnya.
  • Sesiapa yang sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada umat Nabi Muhammad S.A.W, terlebih afdhal daripada ibadatnya selama 400 tahun.