Biscotti


Simply Roasted Chicken.

assalamualaikum.

Ingredients.

  1. Sos barbeku
  2. Cendawan butang (dipotong nipis)
  3. Garam
  4. Bawang putih
  5. Lada hitam
  6. Sosej (dipotong)
  7. Tepung serbaguna
  8. Mentega
  9. Ayam (dikelar)
H&H's favourite.

H&H’s favourite.

Steps.

  • Segala bahan mentah yang basah (baca : ayam, cendawan butang dan sosej) serta kering (baca: selebihnya) perlulah dibersihkan secara teliti dan sempurna bagi mengelakkan tragedi keracunan makanan yang dahsyat sepertimana yang berlaku di Kedah daripada melanda isi rumah tangga secara keseluruhannya.
  • Bagi menghasilkan bahan perapan buat watak utama dalam resepi ini, komponen utama yang terbabit yakni bawang putih hendaklah dikisar dalam jumlah kuantiti yang mesra ayam sebelum digaul mesra bersama garam, lada hitam dan sos barbeku.
  • Adalah dinasihatkan supaya bahan perapan di atas hendaklah disediakan dalam kuantiti yang agak berlebihan bagi memudahkan proses penghasilan kuah yang seterusnya akan menjadi pelengkap hidangan pada hari ini.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celsius sekurang-kurangnya dalam jangka masa 20 hingga 30 minit. Setelah tempoh pemerapan ayam berakhir, segala bahagian ayam yang terlibat sebentar tadi hendaklah dibungkus secara tidak begitu kemas menggunakan foil aluminium sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar untuk tempoh masa yang sesuai. Anaktirikan lebihan bahan perapan ayam sebentar tadi untuk digunakan dalam proses penghasilan kuah.
  • Bahagian ayam tersebut hendaklah dibalikkan dari semasa ke semasa bagi memastikan kedua belah bahagian ayam terbabit dimasak dengan sempurna.
  • Hiriskan cendawan butang dan sosej dengan ketebalan yang menepati cita rasa sebelum dianaktirikan buat beberapa ketika untuk memberi ruang bagi proses menghiris bawang putih secara kasar yang akan digunakan dalam proses pembuatan kuah yang seterusnya.
  • Cairkan mentega dalam kuantiti yang kecil di dalam periuk kecil di atas api yang kecil sebelum memasukkan bawang putih yang dihiris kasar sebentar tadi dan tumiskan sehingga terbit aroma yang mampu mengencangkan pengeluaran air liur dalam mulut dan asid penghadaman dalam perut.
  • Masukkan bersama hirisan sosej dan tumis sehingga masak sebelum memasukkan tepung goreng serbaguna dalam kuantiti yang berpatutan. Bahan tersebut hendaklah ditumis sekejap sahaja bagi menerbitkan rasa yang enak sekaligus mengelakkan rasa pahit hangit apabila ditumis dalam tempoh masa yang keterlaluan.
  • Campurkan kesemua lebihan bahan perapan ayam tadi ke dalam periuk kecil yang mengandungi segala bagai bahan tumis dan masak di atas api dengan konsistensi kehangatan yang sesuai.
  • Keluarkan ayam yang telah siap dipanggang daripada ketuhar dan campurkan lebihan minyak dan kuah yang dihasilkan semasa proses pemanggangan ke dalam kuah yang sedang dihasilkan dalam periuk kecil sebentar tadi. Kuantiti air masak bolehlah dicampurkan dalam kuantiti yang berpatutan bagi menghasilkan kepekatan kuah yang menepati selera tukang makan.
  • Garam, lada hitam dan sos barbeku bolehlah ditambahkan ke dalam kuah dalam kuantiti yang berpatutan bagi menerbitkan rasa yang bersesuaian dengan kehendak selera masing-masing.
  • Setelah pasti bahawa kuah yang dihasilkan tadi telah pun masak, tutup api dapur sebelum mencurahkan kuah ke atas ayam panggang yang telah dianaktirikan buat beberapa ketika tadi.

Ayam Goreng.

assalamualaikum.

Ingredients.

  1. ayam (dipotong kecil)
  2. sos cili
  3. sos tiram
  4. serbuk lada sulah
  5. garam
Steps.
  • ayam yang dipotong kecil sebentar tadi hendaklah dibasuh terlebih dahulu sebelum diperap dengan sos cili, sos tiram, serbuk lada sulah dan garam secukup rasa selama sejam.

marinated

  • setelah cukup tempoh pemerapan, potongan kecil ayam sebentar tadi hendaklah digoreng dengan menggunakan minyak pada kadar kepanasan dan jumlah yang bertepatan.

fried.

outcome.

 


Ayam Masak Paprik

Ingredients.

  1. sos tiram (secukup rasa)
  2. sos cili (secukup rasa)
  3. sos cili Linggam
  4. bawang putih (hiris nipis)
  5. cili padi (hiris nipis)
  6. daging ayam (potong kecil)
  7. garam (secukup rasa)
  8. kiub tom yam
  9. sayuran (secukup rasa)

Steps.

  • sila tumis segala bawang, cili padi dan kiub tiom yang terdapat di atas dalam kuali sehingga naik bau.

bahan tumisan.

jika anda terbau bauan hangit mahupun gas, sila padamkan api stove anda dan buka tingkap mahupun pintu yang terdekat seluas-luasnya.

  • kiub tom yam tadi hendaklah dihancurkan semasa kerja-kerja menumis masih lagi dalam proses.

Maggi opposition.

  • sila masukkan juga berbagai jenis sos yang telah pun disebutkan di atas dan gaul sebati dengan bahan tumisan sebentar tadi.

the chosen ones.

campuran di atas hendaklah dibiarkan buat beberapa ketika sehingga naik minyak.

bukan naik hangit mahupun naik angin.

  • potongan daging ayam tadi kemudiannya dimasukkan serta dimesrakan dengan kuah tadi.

spot the chick.

campuran potongan daging ayam beserta kuah tadi dibiarkan atas api yang kecil buat beberapa minit sehingga masak.

  • letakkan garam mengikut preference anda dan masukkan sayur ke dalam kuali tadi.

sayuran tadi dibiarkan selama beberapa minit di dalam kuali sebelum diangkat agar sayuran tersebut menjadi sedikit layu.

drooling in process.